FAQ

Frequently Asked Questions

1. Adakah Prettian Mempunyai Pensijilan Dari KKM?

Ya. Sudah tentu. Pensijilan dari KKM merupakan langkah asas bagi kami untuk membawa produk-produk dari Korea masuk ke pasaran tempatan. Berikut adalah senarai KKM produk-produk Prettian:

  • Moisturizing Cream (NOT210101938K)
  • Silky Brightening Cream (NOT210101500K)
  • Triple Oil Cleanser (NOT210105815K)
  • Moisturizing Facial Mask (NOT210801344K)

2. Adakah Produk-Produk Prettian HALAL?

Kebanyakan produk skincare tidak diwajibkan utk mempunyai sijil HALAL, terutamanya bagi produk-produk dari bahan natural & organik.

Disebabkan itu, kebanyakkan produk yang dijual di kaunter- kaunter pasaraya, drugstore atau farmasi juga tiada sijil Halal. Malah, ada banyak juga produk di Farmasi, Drugstore ( seperti Guardian dan Watson), atau kaunter yang tidak mempunyai pengesahan KKM.

Prettian bukan produk local. Prettian dihasilkan di Korea melalui SKINMED, organisasi yg mempunyai standard & pensijilan yang diiktiraf, untuk mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi dan di eksport ke banyak negara di seluruh dunia.

Kemasukan produk Prettian di kebanyakan Negara, termasuk Malaysia adalah sangat ketat dan perlu mematuhi standard/piawaian yang ditetapkan, termasuk piawaian dari KKM.

3. Adakah produk Prettian mesra wuduk?

Secara asasnya, produk Prettian sangat mudah untuk remove dan Triple Oil Cleanser sememangnya sangat membantu menanggalkan solekan dengan lebih mudah sebelum mengambil wuduk, khususnya untuk muslimah.

4. Seawal umur berapa seseorang itu boleh guna prettian?

Apabila seseorang itu telah bersedia untuk menjaga kulit wajah, mereka boleh mula menggunakan prettian. Terutamanya bagi pengguna yang sudah mula mengalami masalah seperti berjerawat, kulit kering atau masalah kulit lain.

5. Berapa lama perlu gunakan Prettian untuk dapatkan hasil yang optimum?

Kajian pakar mengatakan bahawa, pemakainan produk secara konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan perlu untuk mengukur keberkesanan sesuatu produk kecantikan.

6. Adakah produk-produk Prettian mengandungi alcohol ?

Semua produk Prettian tidak mengandungi alkohol sebagai bahan utama. Jika ada, ia hanya sebagai stabiliser (penstabil). Alkohol yang ada dalam produk Prettian hanya bertujuan untuk memastikan bahan stabil dan alkohol yang digunakan ialah berasaskan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dan dalam jumlah kandungan yang sedikit. Ia tidak akan menyebabkan kulit wajah dehidrasi.

Triple oil cleaser ini mengandungi 3 jenis minyak, oleh itu sedikit kuantiti alkohol diperlukan untuk menstabilkan keseluruhan bahan-bahan untuk mengekalkan fungsi setiap bahan tersebut. Maka kuantiti alkohol yang sedikit itu tidak akan menyebabkan kulit dehidrasi malah akan mengekalkan fungsi pelembap. Hasilnya, kulit akan rasa lembap selepas cucian.

7. Perlu ke saya berhenti menggunakan sebarang skincare dalam masa tertentu sebelum mula menggunakan produk Prettian?

Tidak semestinya perlu bare face. Anda boleh mengenakan make up seperti biasa (jika perlu). Tapi jika tidak perlu pakai make up, pakai skincare Prettian sahaja sudah mencukupi. Kulit akan ambil masa untuk sesuaikan sendiri dengan skincare baru kebiasaanya tempoh 2 minggu hingga sebulan.

8. Adakah Triple Oil Cleanser (TOC) jenis Non-Comedogenic?

Comedogenic bermaksud produk oil base yang akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Tetapi Triple oil yang terdapat dalam cleanser ialah essential oil atau minyak pati baik yang mencairkan minyak dan kotoran dalam pori kulit. Kandungan Witch Hazel di dalamnya pula berfungsi sebagai toner yang akan mengecilkan pori-pori.

9. Adakah perlu guna set lengkap (Full Set) atau mana-mana produk Prettian sahaja sudah memadai? Produk mana yang utama dan patut saya guna dulu?

Produk utama Prettian Skincare terdiri daripada:
1- Tripple Oil Cleanser 
2- Brightening Moisturizer
3- Silky Brightening Cream
4- Moisturizing Essence Facial Mask

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, sebaik-baiknya penggunaan semua produk sebagai rutin penjagaan wajah yang lengkap adalah disyorkan.

Namun begitu, bergantung juga kepada keadaan & keperluan kulit wajah. Jika mempunyai masalah seperti pigmentasi atau dark spot, disyorkan untuk cuba dahulu Triple Oil Cleanser bersama Silky Brightening cream.  serta moisturizing facemask yang terbukti sangat efektif menangani masalah tersebut. Dengan penggunaan konsisten (sekurang-kurangnya 2 bulan), selepas semakin serasi & berkesan, boleh cuba item yang lain pula.

10. Jika kulit jenis berminyak guna Triple Cleanser Oil (TOC) adakah akan cenderung jadi lebih berminyak?

Prettian sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat kerana TOC akan cairkan (dissolve) minyak berlebihan di kulit dan membersihkan pori-pori muka lebih mendalam supaya tiada lebihan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. Bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk Prettian semuanya semulajadi dan tidak akan menyebabkan kulit mengelupas malah menjadikan kuit lebih lembab dan lembut.